Tuesday, January 15, 2013

AWAK SUKA SAYA TAK ? ~ MELUR JELITA

 
 
Kisah kasih sayang di antara Hilman Yong kacukan Korea - American - Cina dan Intan Zulaikha. Mereka sangat berbeza tetapi kerana perbezaan itulah mereka berjodoh. Malangnya, kesampaiankah jodoh mereka apabila Hilman Yong seorang yang baru mengenali Islam lebih mencintai Islam dari Intan Zulaikha yang sememangnya dilahirkan Islam dari keturunan lagi berselisih faham kerana ego seorang Intan.

Muncul pula Damien Yong yang sentiasa menyesakkan dada Intan Zulaikha dengan aksinya yang daring, sexy, nakal dan menggoda. Intan terpaksa bersabar dengan Damien semata-mata untuk mendapatkan semula Hilmannya…seorang hamba Allah yang penuh kesabaran dan kesopanan.

Hilmanku…sifuku…kekasihku…Kemb
alilah…

" Saya tak pernah tinggalkan awak. Walaupun awak jauh, saya dapat melihat awak. Walaupun awak jauh, saya dapat merasa kehadiran awak. Walau pun awak jauh, saya dapat mendengar awak. Saya sentiasa di sisi awak. Awak sentiasa di sisi saya, di sini…" Hilman Yong

" Don’t worry, I won’t kiss you. Saya tak cium sembarangan gadis. Saya tak ada selera dengan gadis biadab dan sombong seperti awak. Cik Zulaikha….saya nampak kehampaan di wajah awak. You really want me to kiss you. I can feel it. I can see it. From your eyes… your lips. Tetapi seperti saya cakap tadi, saya tak selera dengan orang biadab. Ciuman saya tidak semurah itu. Hanya untuk gadis yang bertuah dan terpilih saja." Damien Yong

" Saya akui saya gembira bersama Mr Damien..saya tak boleh menyembunyikan perasaan saya……tetapi perasaan saya terhadap Mr Damien sepertimana kita bersentuhan di malam itu. Boleh saling melihat, saling bersentuh, saling bercium…..tetapi hanya di dinding kaca….ada batas dan sekatan. Yang tidak boleh dipecahkan……walau cuba dipecahkan…pasti kita akan cedera..ditusuk atau dihiris . Itulah Islam. Yang menjaga maruah dan kesucian sesuatu hubungan. Hanya hubungan halal yang boleh melenyapkannya." Intan Zulaikha


PEREMPUAN LINDUNGAN KAABAH ~ HANA ILHAMII

 
 
PEREMPUAN LINDUNGAN KAABAH. Itulah gelaran yang diberikan oleh orang di sekelilingnya kepada Hanan disebabkan sikapnya yang sempurna sebagai seorang Muslimah yang solehah.
Kehadiran lelaki yang mendambakannya menjadi seorang isteri telah menyebabkan hati Hanan keliru untuk memilih di antara jasa dan rasa...

“Hanan, selama ini saya mengetahui Islam dengan lebih mendalam dari awak. Itupun melalui e-mel atau telefon. Setiap kali saya nak ajak awak keluar, awak selalu menolak. Awak tak sudi ke keluar dengan saya?”- Alex

“Hanan! Akan aku pendamkan sahaja cinta ini di dalam lubuk hatiku…”- Amir
“Mummy nak Reez kahwin dengan ustazah? Tiap-tiap hari dengan bertudung litupnya, sampaikan dalam rumah ni pun bertudung. Kalau Reez ajak dia pergi club atau karaoke ke, mummy rasa dia nak pergi tak?” - Fareez
Demi membalas budi, Hanan berkorban atas maksud dakwah. Hanan akhirnya memilih lelaki yang tak pernah difikirkan akan menjadi pasangan hidupnya. Tapi dengan sikap lelaki itu yang sering sahaja mengabaikan perintah Tuhan serta kehadiran Sally sebagai teman wanita telah menguji bahtera yang dibina.
“Aku tak seksi... Dengan imej jubah dan tudung labuh ini terlalu janggal rasanya untuk aku berada dalam dunia Abang Fareez. Pasti aku ini bukan pilihannya, malah aku sendiri pun tidak pernah bermimpi untuk hidup bersamanya.” - Hanan
Demi mendapat reda Ilahi, Hanan cuba bertahan dan memenangi hati lelaki bergelar suami. Tapi... perlukah Hanan mengorbankan prinsip-prinsip hidupnya demi kebahagiaan yang dia sendiri tidak pasti? Di antara cinta kepada suami dan cinta kepada Ilahi, yang manakah harus diutamakan?



Friday, December 21, 2012

KALAU MEMANG HARUS BEGITU ~ ACIK LANA



Zidan Adiputra seorang lelaki yang berkedudukan tinggi, tampan, bergaya dan mempunyai senarai panjang nama-nama gadis yang mengejarnya. Atas setiap kelebihan yang dimiliki, dia benar-benar merasakan dirinya layak dilayan umpama seorang ‘Tuan Putera’. Justeru semua orang harus memanggilnya dengan gelaran Tuan Putra. Sehebat mana pun dirinya, dia tetap punya kelemahan. Dan kelemahannya, dia bencikan perempuan selekeh. Allergic!

Dengan baju kurung lusuh, kasut terkoyak hujung kaki, perempuan ni dari planet mana? Sakit mata betul tengok dia ke hulu ke hilir depan muka. Walaupun setakat kerja bancuh air, imej dan penampilan kena jaga jugak. Lainlah kalau dia tu pendatang tanpa izin!
 
Adara pula datang dari dunia yang berbeza. Dibesarkan oleh datuk dan nenek selepas kematian ibu dan bapanya, perjalanan hidupnya agak sukar. Tekad mahu mengubah nasib keluarga dan adik-adiknya yang ramai, kakinya melangkah keluar dari kawasan Felda ke kota besar. Namun hidupnya kian getir apabila bekerja dengan majikan kuku besi seperti Tuan Putra. Tolonglah Tuan Putra ni! Nak suruh aku bergaya bagai nak rak apa kes? Dia ingat aku ni secretary? Eksekutif? Hei, orang tea lady ajelah! Sepatutnya kerja bancuh air, tapi dikerahnya macam kita ni kerja cleaner pulak. Harap muka aje handsome, tapi otak udang!
 
Umpama air dan minyak, manakan mungkin bersatu dua hati yang saling membenci dan berbeza segala segi. Namun kemunculan Riyad yang berjaya melakukan ‘make over’ kepada Adara membuatkan hati Putra terpesong cita rasa, mata hati yang buta kini terbuka luas. Pelbagai cara dilakukan olehnya untuk memenangi hati Adara sehingga dia rela mengenepikan ego dan kedudukannya. Dia juga sanggup berebut menghantar pinangan ke rumah Adara demi mengikat hati gadis itu.
 
Cinta yang dihulur bersambut dan disimpul erat dengan ikatan perkahwinan. Dalam meniti kebahagiaan berumah tangga, ada dugaan datang mengetuk pintu istana cinta mereka. Antara cinta dan keluarga, yang mana lebih utama? Dan jika hanya berhak memilih satu di antara dua, siapa yang perlu menyerah dan mengalah? Dan apa ertinya pengorbanan jika hati kian retak, kasih kian rapuh?
 
Putra: Percaya cakap abang, kehadiran sayang adalah perkara terbaik dalam hidup abang....
 
“Tak mungkin musim cinta ini berlalu...seandainya hatimu seperti hatiku….

Buku ini tak sampai 24 jam aku habis baca.. bermula pukul 1 pagi dan terus membaca sampai ke subuh.. berhenti sekejab sembahyang subuh , siapkan sarapan , siap kan Baby Sofiya dan siapkan en hubby..  oppss.. bukan siap kan en hubby tapi sediakan makan pakai en hubby... selepas tu hantar baby sofiya ke rumah pengasuh dan aku pun sambung semula membaca hinggalah ke petang... Aku tak kerja.. apa lagi lepak golek2 kat atas katil lah...
Kenapa aku suka Acik Lana? Aku suka Acik Lana sebab gaya bahasa yang dia guna sangat mudah , gaya yang bersahaja , tak pening kepala. Mungkin orang kata Buku Acik Lana tak sesuai di baca oleh bawah umur tapi nak buat macam mana.. nama pun buku cerita.. so , apa salahnya Acik Lana menghasilkan apa yang dia nak kan.. ingat senang ke nak menulis dan mencari idea bercerita.. tapi aku kagum lah dengan Acik Lana yang berani bila bertulis.. mungkin sebab dia pun minat kat penulis Ma Lee Chuswan maka ada ketikanya aku nampak ada persamaan jalan cerita dia dan Ma Lee Chuswan.. tapi tak lah sebiji cuba idea tu , ada lah sedikit yang aku nampak persamaannya..  Pada Acik Lana selamat berkarya.. Aku akan tetap menyokongmu.. he..he..he..  

MAAF JIKA AKU TAK SEMPURNA ~ ACIK LANA

Melina adalah seorang gadis kota yang baru meningkat dewasa. Kehidupannya dipenuhi dengan perkara yang mengasyikkan sehingga dia lupa akan dosa dan pahala. Sikapnya itu telah menimbulkan rasa gundah dalam hati kedua ibu bapanya. Dalam terpaksa dan rasa malu papanya, Datuk Zakri telah meminta jasa baik Luqman untuk membantunya mengawasi setiap tindak tanduk Melina. Setiap hari pasti ada sahaja pertengkaran yang berlaku antara mereka. Perbezaan cara hidup dan latar belakang antara Melina dan Luqman boleh diibaratkan bagai langit dengan bumi. Sebelum Datuk Zakri menghembuskan nafas yang terakhir, beliau telah menitipkan wasiat kepada bapa Luqman, Rashid.

Atas dasar wasiat dan janji oleh kedua ibu bapa Luqman dan Melina, mereka ditemukan dalam satu ikatan suci yang tidak pernah mereka setujui. Walaupun ikatan perkahwinan itu dibina tanpa rasa cinta di hati, namun Luqman tetap menerima Melina seadanya sebagai seorang isteri. Dari hari ke hari, rasa benci yang selama ini menguasai kedua hati kini sudah bertukar kepada rasa cinta dan sayang yang tidak boleh dipisahkan lagi. Setelah rasa bahagia dikecapi, tiba pula badai yang menguji kesabaran kedua hati. Satu persatu dugaan datang menguji kasih sayang kedua insan ini. Mampukah mereka mengharungi segala dugaan ini? Mampukah mereka mempertahankan ikatan kasih suci yang sudah terpatri?
 
Walau pun buku ini mengisahkan kahwin paksa - kahwin paksa macam kisah novel yang lain tapi jalan dan atur cerita tetap ada kelainnannya... sentuhan Acik Lana tetap terbaik... he..he..he.. Buku setebal 947 muku surat pasti tak sedar dan tak sabar2 nak tahu akhirnya ( walau pun boleh je baca muka surat terakhir ) tapi apa kelas baca loncat2 kan.. selamat membeli dan membaca pada siapa yang tak baca lagi.. Maaf Jika Aku Tak Sempurna...

AKU BUKAN MISTRESS ~ ACIK LANA


Mya Arlissa terperangkap dengan permainan dunia yang kejam. Dia tercampak ke dunia yang kelam dan gelap tanpa kerelaan hatinya. Tangan yang disangka boleh memimpinnya ke arah yang lebih lurus, rupanya tidak berbeza seperti lelaki lain yang hidup berajakan nafsu. Dirinya tergadai kepada Mikail, lelaki tampan yang kaya-raya dan menjadi buruan ramai wanita.
 
Dua tahun menghamba diri di dalam penjara yang dibina oleh Mikail dengan bertemankan dosa, Mya mula mencari arah hidupnya. Kehadiran Adam yang kejam, Shamil yang menagih janji silam, Suzanne yang menyakitkan hati dan Datin Adiba yang sinis membuatkan hidup Mya semakin sempit. Sikap Mikail yang semakin aneh dari sehari ke sehari membuatkan Mya keliru. Dalam resah ada debar, dalam benci ada rindu, dalam marah ada tenang. Mikail mendera hati dan perasaannya.

Sampai kemuncaknya, Mya tekad. Dia mahu menoktahkan semua catatan noda dan dosa dalam diari hidupnya sebagai seorang perempuan simpanan, tapi bagaimana? Kaki ingin berlari menjauhi Mikail, tetapi hati mengikat janji secara sembunyi.

Mengapa membina harapan jika penghujungnya tidak seindah impian? Dan… cukupkah tempoh dua tahun untuk memastikan debaran di hati mereka melagukan rentak yang sama?

Ini ada buku pertama karya Acik Lana yang aku miliki.. setelah membaca buku sulung terbitannya Aku Bukan Mistress terus aku terjatuh cinta dengan hasil ilham Acik Lana. Kepada sesiapa tak membaca ABM.. aku cadangkan beli lah dan baca lah.. pasti tak akan menghampakan anda.. he..he..he..

Monday, December 10, 2012

GELORA ~ MA LEE CHUSWAN

Mila menyesal. Tetapi segalanya telah terlambat. Lelaki itu sedar siapa dirinya…pastinya dia pergi membawa hatinya yang luka. Dan luka itu sudah terlalu parah, sukar disembuhkan lagi. Atau mungkin tidak akan sembuh untuk selamanya.
Kini tahulah Mila siapa sebenarnya lelaki itu. Lelaki yang dibencinya selama ini. Terlalu lama dia mendendami lelaki itu. Dan lelaki itu tidak pernah menunjukkan kebencian…itulah sat-satunya lelaki yang menyintainya di dunia ini, tetapi dia tidak pernah menghargainya. Lelaki itu telah pergi jauh…dia mahu mengejar lelaki itu tetapi nasi sudah menjadi bubur. Tak mungkin lelaki itu kembali lagi…

SEKIAN LAMA AKU MENANTI BUKU INI , AKHIRNYA KELUAR JUGA CETAKAN BARU PADA TAHUN 2011.. CERITA INI  ,AKU PENAH BACA MASA ZAMAN REMAJA.. WAKTU ITU AKU TENGAH TERGILA - GILA MELANGAN MAJALAH REMAJA.. TAPI DULU AKU JARANG BELI NOVEL.. SO, BILA TAHUN 2007 AKU DOK SIBUK CARI BUKU INI TAPI TAK JUMPA.. AKHIRNYA TAHUN 2011 BARU LAH DAPAT MILIKI BUKU GELORA INI.. NAMUN... AKU PERASAN ADA CERITA YANG TELAH DIOLAH SEMULA.. MUNGKIN DI EDIT UNTUK BACAAN UMUM.. HE..HE..HE..

 APA KAH YANG TERJADI PADA KISAH ADAM DAN MILA.. KORANG KENA BACA SENDIRI.. BELI JE KAT KEDAI BUKU KELUARAN KAKI NOVEL...

SELAMAT TINGGAL SAYANG ~ MA LEE CHUSWAN



Aku ingin menjadi 'puteri'... kalau tidak puteri kayangan pun... cukuplah sekadar Puteri Nur Deana yang mampu membarisi sekalian puteri-puteri yang ada. Namun itu semua hanyalah impian, dongeng zaman kanak-kanak yang entah bila mampu Puteri kecapi. Lalu kerana 'Puteri', dia senang menjadi 'Dee', bebas daripada sebarang kekeliruan dan sangkaan. Namun 'Dee' tidak bebas tatkala terlanjur, terperangkap oleh masa dan akad. Perkahwinan ini satu tanggungjawab yang tidak terjawab. Bertahun Dee menjadi pelarian, siapa sangka bertemu suami dalam satu periuk rezeki. Namun mampukah Dee terus bersembunyi... dan sampai bila Puteri harus digantung tak bertali...

Selamat tinggal sayang adalah buku Ma Lee Chuswan pertama yang aku miliki.. itu pun aku beli masa pesta buku PWTC 2007.. setelah baca buku ini lah... membuat aku jadi giler mencari semua buku karangannya... habis semua kedai buku dan kedai sewa buku aku cari buku Ma Lee Chuswan.. Mana yang aku sewa beli tu.. aku terus jadikan harta peribadi... he..he..he.. Selamat Tinggal Sayang adalah buku terbaik karya Ma Lee Chuswan.. Tak sampai 4 jam aku boleh habis baca buku setebal 437 muka surat.. tapi tak buat kerja lain lah.. hadap buku nie je... untuk buku ini aku galakkan korang beli.. itupun kalau korang dapat lagi lah cari buku ini.. sebab buku Ma Lee Chuswan nie bukan senang nak dapat..