Mya Arlissa terperangkap dengan permainan dunia yang
kejam. Dia tercampak ke dunia yang kelam dan gelap tanpa kerelaan hatinya.
Tangan yang disangka boleh memimpinnya ke arah yang lebih lurus, rupanya tidak
berbeza seperti lelaki lain yang hidup berajakan nafsu. Dirinya tergadai kepada
Mikail, lelaki tampan yang kaya-raya dan menjadi buruan ramai
wanita.
Sampai kemuncaknya, Mya tekad. Dia mahu menoktahkan semua catatan noda dan dosa dalam diari hidupnya sebagai seorang perempuan simpanan, tapi bagaimana? Kaki ingin berlari menjauhi Mikail, tetapi hati mengikat janji secara sembunyi.
Mengapa membina harapan jika penghujungnya tidak seindah impian? Dan… cukupkah tempoh dua tahun untuk memastikan debaran di hati mereka melagukan rentak yang sama?
Ini ada buku pertama karya Acik Lana yang aku miliki.. setelah membaca buku sulung terbitannya Aku Bukan Mistress terus aku terjatuh cinta dengan hasil ilham Acik Lana. Kepada sesiapa tak membaca ABM.. aku cadangkan beli lah dan baca lah.. pasti tak akan menghampakan anda.. he..he..he..
No comments:
Post a Comment