Izzat anak muda kota yang gigih berusaha mencari rezeki bersama-sama puluhan
ribu penduduk kota. Kelazatan roti canainya menemukan Izzat dengan Ika Taufiq
Lim. Detik pertemuan ini membuka jalan untuk Izzat mengejar cita-citanya menjadi
usahawan berjaya. Siapakah Ika Taufiq Lim? Seperti anak muda lain, Izzat juga
tidak dapat lari daripada masalah cinta. Dia tersepit antara cinta dua gadis
yang mempunyai hubungan rapat dengannya. Siapakah antara gadis itu yang menjadi
pilihannya? Berjayakah cita-cita Izzat?
BUKU ini adalah antara novel kesukaan aku semasa di sekolah menengah. Tengok kulit novel pun dah tahu kan berapa lama aku dah simpan buku ini.. sebenarnya buku ini adalah buka hak milik Jabatan Bahasa Melayu, Sekolah Menengah Kampar... aku pinjam terus buat harta ( lupa nak pulangkan). He..he..he.. minta maaf ye SMK...
Mendengar guruh di langit
air ditempayan dicurahkan
beban hutang berat ditanggung
apa diikut wabak orang dagang
lagak rambutan jantan
orang berniaga , dia berniaga
orang mengutib laba , dia menanggung bala
kilat memancar hujan tak jadi
kita juga yang kecundangan.
muka surat 93 ~ Asam garam kota
No comments:
Post a Comment