Friday, December 21, 2012

KALAU MEMANG HARUS BEGITU ~ ACIK LANA



Zidan Adiputra seorang lelaki yang berkedudukan tinggi, tampan, bergaya dan mempunyai senarai panjang nama-nama gadis yang mengejarnya. Atas setiap kelebihan yang dimiliki, dia benar-benar merasakan dirinya layak dilayan umpama seorang ‘Tuan Putera’. Justeru semua orang harus memanggilnya dengan gelaran Tuan Putra. Sehebat mana pun dirinya, dia tetap punya kelemahan. Dan kelemahannya, dia bencikan perempuan selekeh. Allergic!

Dengan baju kurung lusuh, kasut terkoyak hujung kaki, perempuan ni dari planet mana? Sakit mata betul tengok dia ke hulu ke hilir depan muka. Walaupun setakat kerja bancuh air, imej dan penampilan kena jaga jugak. Lainlah kalau dia tu pendatang tanpa izin!
 
Adara pula datang dari dunia yang berbeza. Dibesarkan oleh datuk dan nenek selepas kematian ibu dan bapanya, perjalanan hidupnya agak sukar. Tekad mahu mengubah nasib keluarga dan adik-adiknya yang ramai, kakinya melangkah keluar dari kawasan Felda ke kota besar. Namun hidupnya kian getir apabila bekerja dengan majikan kuku besi seperti Tuan Putra. Tolonglah Tuan Putra ni! Nak suruh aku bergaya bagai nak rak apa kes? Dia ingat aku ni secretary? Eksekutif? Hei, orang tea lady ajelah! Sepatutnya kerja bancuh air, tapi dikerahnya macam kita ni kerja cleaner pulak. Harap muka aje handsome, tapi otak udang!
 
Umpama air dan minyak, manakan mungkin bersatu dua hati yang saling membenci dan berbeza segala segi. Namun kemunculan Riyad yang berjaya melakukan ‘make over’ kepada Adara membuatkan hati Putra terpesong cita rasa, mata hati yang buta kini terbuka luas. Pelbagai cara dilakukan olehnya untuk memenangi hati Adara sehingga dia rela mengenepikan ego dan kedudukannya. Dia juga sanggup berebut menghantar pinangan ke rumah Adara demi mengikat hati gadis itu.
 
Cinta yang dihulur bersambut dan disimpul erat dengan ikatan perkahwinan. Dalam meniti kebahagiaan berumah tangga, ada dugaan datang mengetuk pintu istana cinta mereka. Antara cinta dan keluarga, yang mana lebih utama? Dan jika hanya berhak memilih satu di antara dua, siapa yang perlu menyerah dan mengalah? Dan apa ertinya pengorbanan jika hati kian retak, kasih kian rapuh?
 
Putra: Percaya cakap abang, kehadiran sayang adalah perkara terbaik dalam hidup abang....
 
“Tak mungkin musim cinta ini berlalu...seandainya hatimu seperti hatiku….

Buku ini tak sampai 24 jam aku habis baca.. bermula pukul 1 pagi dan terus membaca sampai ke subuh.. berhenti sekejab sembahyang subuh , siapkan sarapan , siap kan Baby Sofiya dan siapkan en hubby..  oppss.. bukan siap kan en hubby tapi sediakan makan pakai en hubby... selepas tu hantar baby sofiya ke rumah pengasuh dan aku pun sambung semula membaca hinggalah ke petang... Aku tak kerja.. apa lagi lepak golek2 kat atas katil lah...
Kenapa aku suka Acik Lana? Aku suka Acik Lana sebab gaya bahasa yang dia guna sangat mudah , gaya yang bersahaja , tak pening kepala. Mungkin orang kata Buku Acik Lana tak sesuai di baca oleh bawah umur tapi nak buat macam mana.. nama pun buku cerita.. so , apa salahnya Acik Lana menghasilkan apa yang dia nak kan.. ingat senang ke nak menulis dan mencari idea bercerita.. tapi aku kagum lah dengan Acik Lana yang berani bila bertulis.. mungkin sebab dia pun minat kat penulis Ma Lee Chuswan maka ada ketikanya aku nampak ada persamaan jalan cerita dia dan Ma Lee Chuswan.. tapi tak lah sebiji cuba idea tu , ada lah sedikit yang aku nampak persamaannya..  Pada Acik Lana selamat berkarya.. Aku akan tetap menyokongmu.. he..he..he..  

MAAF JIKA AKU TAK SEMPURNA ~ ACIK LANA

Melina adalah seorang gadis kota yang baru meningkat dewasa. Kehidupannya dipenuhi dengan perkara yang mengasyikkan sehingga dia lupa akan dosa dan pahala. Sikapnya itu telah menimbulkan rasa gundah dalam hati kedua ibu bapanya. Dalam terpaksa dan rasa malu papanya, Datuk Zakri telah meminta jasa baik Luqman untuk membantunya mengawasi setiap tindak tanduk Melina. Setiap hari pasti ada sahaja pertengkaran yang berlaku antara mereka. Perbezaan cara hidup dan latar belakang antara Melina dan Luqman boleh diibaratkan bagai langit dengan bumi. Sebelum Datuk Zakri menghembuskan nafas yang terakhir, beliau telah menitipkan wasiat kepada bapa Luqman, Rashid.

Atas dasar wasiat dan janji oleh kedua ibu bapa Luqman dan Melina, mereka ditemukan dalam satu ikatan suci yang tidak pernah mereka setujui. Walaupun ikatan perkahwinan itu dibina tanpa rasa cinta di hati, namun Luqman tetap menerima Melina seadanya sebagai seorang isteri. Dari hari ke hari, rasa benci yang selama ini menguasai kedua hati kini sudah bertukar kepada rasa cinta dan sayang yang tidak boleh dipisahkan lagi. Setelah rasa bahagia dikecapi, tiba pula badai yang menguji kesabaran kedua hati. Satu persatu dugaan datang menguji kasih sayang kedua insan ini. Mampukah mereka mengharungi segala dugaan ini? Mampukah mereka mempertahankan ikatan kasih suci yang sudah terpatri?
 
Walau pun buku ini mengisahkan kahwin paksa - kahwin paksa macam kisah novel yang lain tapi jalan dan atur cerita tetap ada kelainnannya... sentuhan Acik Lana tetap terbaik... he..he..he.. Buku setebal 947 muku surat pasti tak sedar dan tak sabar2 nak tahu akhirnya ( walau pun boleh je baca muka surat terakhir ) tapi apa kelas baca loncat2 kan.. selamat membeli dan membaca pada siapa yang tak baca lagi.. Maaf Jika Aku Tak Sempurna...

AKU BUKAN MISTRESS ~ ACIK LANA


Mya Arlissa terperangkap dengan permainan dunia yang kejam. Dia tercampak ke dunia yang kelam dan gelap tanpa kerelaan hatinya. Tangan yang disangka boleh memimpinnya ke arah yang lebih lurus, rupanya tidak berbeza seperti lelaki lain yang hidup berajakan nafsu. Dirinya tergadai kepada Mikail, lelaki tampan yang kaya-raya dan menjadi buruan ramai wanita.
 
Dua tahun menghamba diri di dalam penjara yang dibina oleh Mikail dengan bertemankan dosa, Mya mula mencari arah hidupnya. Kehadiran Adam yang kejam, Shamil yang menagih janji silam, Suzanne yang menyakitkan hati dan Datin Adiba yang sinis membuatkan hidup Mya semakin sempit. Sikap Mikail yang semakin aneh dari sehari ke sehari membuatkan Mya keliru. Dalam resah ada debar, dalam benci ada rindu, dalam marah ada tenang. Mikail mendera hati dan perasaannya.

Sampai kemuncaknya, Mya tekad. Dia mahu menoktahkan semua catatan noda dan dosa dalam diari hidupnya sebagai seorang perempuan simpanan, tapi bagaimana? Kaki ingin berlari menjauhi Mikail, tetapi hati mengikat janji secara sembunyi.

Mengapa membina harapan jika penghujungnya tidak seindah impian? Dan… cukupkah tempoh dua tahun untuk memastikan debaran di hati mereka melagukan rentak yang sama?

Ini ada buku pertama karya Acik Lana yang aku miliki.. setelah membaca buku sulung terbitannya Aku Bukan Mistress terus aku terjatuh cinta dengan hasil ilham Acik Lana. Kepada sesiapa tak membaca ABM.. aku cadangkan beli lah dan baca lah.. pasti tak akan menghampakan anda.. he..he..he..

Monday, December 10, 2012

GELORA ~ MA LEE CHUSWAN

Mila menyesal. Tetapi segalanya telah terlambat. Lelaki itu sedar siapa dirinya…pastinya dia pergi membawa hatinya yang luka. Dan luka itu sudah terlalu parah, sukar disembuhkan lagi. Atau mungkin tidak akan sembuh untuk selamanya.
Kini tahulah Mila siapa sebenarnya lelaki itu. Lelaki yang dibencinya selama ini. Terlalu lama dia mendendami lelaki itu. Dan lelaki itu tidak pernah menunjukkan kebencian…itulah sat-satunya lelaki yang menyintainya di dunia ini, tetapi dia tidak pernah menghargainya. Lelaki itu telah pergi jauh…dia mahu mengejar lelaki itu tetapi nasi sudah menjadi bubur. Tak mungkin lelaki itu kembali lagi…

SEKIAN LAMA AKU MENANTI BUKU INI , AKHIRNYA KELUAR JUGA CETAKAN BARU PADA TAHUN 2011.. CERITA INI  ,AKU PENAH BACA MASA ZAMAN REMAJA.. WAKTU ITU AKU TENGAH TERGILA - GILA MELANGAN MAJALAH REMAJA.. TAPI DULU AKU JARANG BELI NOVEL.. SO, BILA TAHUN 2007 AKU DOK SIBUK CARI BUKU INI TAPI TAK JUMPA.. AKHIRNYA TAHUN 2011 BARU LAH DAPAT MILIKI BUKU GELORA INI.. NAMUN... AKU PERASAN ADA CERITA YANG TELAH DIOLAH SEMULA.. MUNGKIN DI EDIT UNTUK BACAAN UMUM.. HE..HE..HE..

 APA KAH YANG TERJADI PADA KISAH ADAM DAN MILA.. KORANG KENA BACA SENDIRI.. BELI JE KAT KEDAI BUKU KELUARAN KAKI NOVEL...

SELAMAT TINGGAL SAYANG ~ MA LEE CHUSWAN



Aku ingin menjadi 'puteri'... kalau tidak puteri kayangan pun... cukuplah sekadar Puteri Nur Deana yang mampu membarisi sekalian puteri-puteri yang ada. Namun itu semua hanyalah impian, dongeng zaman kanak-kanak yang entah bila mampu Puteri kecapi. Lalu kerana 'Puteri', dia senang menjadi 'Dee', bebas daripada sebarang kekeliruan dan sangkaan. Namun 'Dee' tidak bebas tatkala terlanjur, terperangkap oleh masa dan akad. Perkahwinan ini satu tanggungjawab yang tidak terjawab. Bertahun Dee menjadi pelarian, siapa sangka bertemu suami dalam satu periuk rezeki. Namun mampukah Dee terus bersembunyi... dan sampai bila Puteri harus digantung tak bertali...

Selamat tinggal sayang adalah buku Ma Lee Chuswan pertama yang aku miliki.. itu pun aku beli masa pesta buku PWTC 2007.. setelah baca buku ini lah... membuat aku jadi giler mencari semua buku karangannya... habis semua kedai buku dan kedai sewa buku aku cari buku Ma Lee Chuswan.. Mana yang aku sewa beli tu.. aku terus jadikan harta peribadi... he..he..he.. Selamat Tinggal Sayang adalah buku terbaik karya Ma Lee Chuswan.. Tak sampai 4 jam aku boleh habis baca buku setebal 437 muka surat.. tapi tak buat kerja lain lah.. hadap buku nie je... untuk buku ini aku galakkan korang beli.. itupun kalau korang dapat lagi lah cari buku ini.. sebab buku Ma Lee Chuswan nie bukan senang nak dapat..

LAMARAN KEDUA ~ MA LEE CHUSWAN

Tatkala rindu sudah sampai ke penghujung, impian berkocak duka. Kasih yang berlorek indah kiranya hanya seperti pelangi senja... satu, satu pergi dan hilang.
 
Kisah suka duka seorang gadis bernama Nina yang ditunangkan dengan sepupunya sejak dari sekolah. Tunangan nya pula adalah sepupunya sendiri anak kepada maklong nya(Jeff) yang mana maklongnya lah yang membesarkan Ninabersama Jeff. Setelah tamat sekolah Jeff pergi ke luarnegara melanjutkan pelajarannya.

Nina menunggu dengan setia. Tiba saat Jeff menjejakkan kaki di KLIA, hati Nina berkobar-kobar untuk menyambut kekasih hatinya. Malangnya jiwa nya hancur luluh apabila melihat Jefri bergandingan tangan dengan sang gadis Nur Ayu seolah2 Nur Ayulah kekasih Jefri.

Sejak dari itu, Nina berdendam tidak akan melayani Jefri yang telah meragut kasih sayang sejak kecil. Nina keluar dari rumah dan terus menyewa dirumah lain. Seterusnya hari-hari yang berlalu Nina bekerja keras dalam bidang peragaan sebagai pegawai pemasaran disamping menjadi model untuk iklan yang bersesuaian. Kerja keras nya untuk menghilangkan rasa kecewa yang dihadapi bersama Jefri.

Kebetulan syarikatnya mengadakan kalendar untuk kebajikan bagi tahun akan datang. Nina terpaksa menjadi salah seorang peragawati memperagakan pakaian perkahwinan. Malang sekali tiada model yang bersesuaian hinggalah dia terfikir akan Jefri.

Jefri pula telah menjadi ahli perniagaan yang terkenal dalam bidang tekstil meneruskan perniagaan bapanya (paklong). Dia mengembangkan sayap perniagaan ayahnya hingga ke timur dan berurusniaga secara langsung dengan pengedar dan pengilang dari India. Nina menganggap tugas itu professional dan tiada melibatkan urusan peribadi.

Setelah siap kalendar pengantin tersebut, pasangan Nina-Jefri sungguh sepadan, mulai saat itu Nina mula merasa ada perubahan dalam hatinya. Jefri sebenarnya cuba menyelamatkan Nur Ayu dari membunuh diri akibat kecewa bercinta, tapi telah di salah tafsir oleh Nina. Nina pula cuba digoda oleh Tengku Zulhan untuk menjadi pengganti ibu kepada anaknya Elly yang cacat sejak kecil.

Konflik demi konflik untuk menyatukan dan menguji kedua2 pasangan Nina-Jefri, kehadiran setiausaha Jefri, Siti Zulaikha juga menyebabkan cemburu Nina meluap-luap tapi didiamkan shj di dalam hati. Nina juga salah anggap terhadap Jefri, apabila maklongnya bertanyakan cincin pertunangan berlian untuk Siti. Nina pulang ke rumah maklong dan cuba berjumpa Jefri, malangnya hatinya terlalu lemah lalu meninggalkan majlis tersebut tanpa apa-apa pengetahuan tentang pertunangan tersebut yang sebenarnya Siti Zulaikha bertunang, tetapi bukan dengan Jefri tetapi dengan Noramin anak angkat maklongnya.

Jefri pula sudah tidak tahan lagi dengan godaan dirinya untuk sentiasa bersama dengan Nina, 2 tahun Jefri memendam perasaan cintanya pada Nina. Setiap tengah malam dia akan menelefon Nina dan suaranya dirakamkan. Secara senyap2 Jefri mengaturkan supaya dia ditangkap khalwat bersama Nina. Ini menyebabkan Nina terpaksa mengahwini Jefri dalam perasaan 50-50.

Walaupun mereka berkahwin, tetapi tiada malam pertama kerana Nina terlalu merajuk apabila suami nya Jefri menghilangkan diri pada malam tersebut untuk menyelamatkan Nur Ayu. Lalu Nina menetapkan peraturan bahawa ada garis sempadan dan tidak mahu suaminya menyentuhnya. Jefri terseksa zahir dan batin. Jiwanya tertekan sehingga dia kemalangan dalam lumba motor di litar. Di saat ini lah Nina mula menjinakkan diri dengan suaminya tetapi Jefri terlalu sakit untuk melayaninya.

Pabila sembuh Jefri telah mendekati isterinya dan memaksa Nina. Tetapi Nina meronta-ronta, akhirnya mengalah juga. Jefri terasa kesal yang teramat seolah-olah perbuatannya itu adalah kesalahan yg amat besar. Padahal Nina menyukainya. Jefri menghilangkan diri tetapi muncul semula setelah 2-3hari begitulah keadaannya hingga Nina berasa amat kecewa. Setelah beberapa minggu, Jefri buat hal lagi dengan menghilangkan diri, waktu itu Nina sedang sakit-sakit dan dalam perjalanan hendak ke rumah Alex(kawan baik Jefri) Nina telah terjatuh dan keguguran 7 minggu usia kandungannya.

Jefri terasa amat marah di dalam hati, dia menganggap Nina tak ingin mengandung anak mereka. Tetapi anggapan itu meleset, Nina menerangkan segalanya bahawa dia mahukan suaminya. Tiada lagi sempadan yg dilukis oleh Nina. Saat di hospital itulah Nur Ayu muncul bersama tunangannya. Barulah Nina berasa lega.

PERMATA HATI ~ MA LEE CHUSWAN


TERNYATA KEBENARAN SEMEMANGNYA MENYAKITKAN . TETAPI APAKAH PILIHAN YANG DIA ADA? SEMUANYA SUDAH MENJADI JALAN MATI . CUMA DIA MASIH BERHARAP AGAR KEBENARAN BOLEH MEMBAWA SEDIKIT PERUBAHAN.

Permata Hati mengisahkan tentang sebuah perkahwinan yang diatur oleh keluarga. Ikhmal Hisham dipujuk oleh ayahnya, Tuan Malek supaya bersetuju disatukan dengan Ariana, anak perempuan sulung Haji Mustaffa. Haji Mustafa berhajat besar untuk bermenantukan anak lelaki rakan perniagaannya. Malangnya, Ikhmal pernah dulu terjenuh dengan Ariana dan merasakan dia tidak patut meneruskan hasrat keluarga untuk mengahwini Ariana. Pelbagai perkara terjadi...yang pasti Ikhmal Hisham akhirnya jatuh cinta juga dengan Ariana tanpa dia sedari.

Plot cerita Permata Hati ini tidak ada kelainan dari novel-novel yang lain. Kisah cinta biasa yang disulami dengan "spoiler" atau kehadiran orang ketiga. Kisah cinta yang mengharungi pelbagai dugaan dan cabaran. Itu sahaja.

 

TIRAI IMPIAN ~ MA LEE CHUSWAN



Kujejak kasih semalam, mengharung rindu bagai tak bermusim. Kepayahan jua kutatang bagai segunung intan. Takdir yang datang kusisip doa, penuh reda. Kesabaran yang kupertahankan bagai sebuah percaturan. Bukan sedikit pengorbanan ini. Melupakanmu jua adalah pengorbanan. Lalu aku kembali ke daerah sepi ini. Mencari kekuatan yang kian hilang. Namun langkahku kaku. Kiranya kau di situ.... menghuni daerah sepiku..
 
Aku mulakan Tirai Impian dari penulis Ma Lee Chuswan. Penulis yang amat aku sukai ketika dahulu. Buku2 dia pun banyak bersifat kedewasaan.. Tirai Impian amat menarik . Hanya 240 muka surat dan isi nya padat.

Sunday, December 9, 2012

LAFAZKAN KALIMAH CINTAMU ~ SITI ROSMIZAH




Tengku Aqilah seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya seorang diri. Kepulangannya ke pangkuan keluarga telah membuka tirai luka dalam hidupnya.

Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisyam, untuk memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih sayang bapanya, Tengku Aqilah akur jua.

Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris Melayu itu begitu membenci gadis ini, mereka tidak boleh langsung bertembung muka kerana pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebencian terhadap dirinya. Mampukah Tengku Aqilah menggapai kebahagian dalam hidupnya?. Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya?. Begitu utuhkah api kebencian Tengku Ryan Ameer pada dirinya?.


Sesiapa yang minat baca buku novel.. buku nie harus dan wajib dibeli.. jangan pinjam tapi kena beli buat simpanan.. sebab buku nie kalau baca 100 kali pun tetap tak boring . Pesanan sesiapa sahaja yang baru nak baca buku ini , haruslah sediakan dulu tisu atau sapu tangan... pasti air mata akan mengalis tampa di undang.. he..he..he..

TAKDIR ITU MILIK AKU ~ SITI ROSMIZAH



Dian Zara, seorang anak yatim piatu yang menumpang kasih dengan neneknya. Emak saudaranya, Kamsiah tidak henti-henti menyeksa hidupnya. Maki hamun, pukul, cerca sudah lali dalam dirinya. Impian gadis muda ini untuk belajar hingga ke menara gading telah musnah di tengah jalan.

Dian disuruh menjadi orang gaji. Dia akur dengan kehendak emak saudaranya. Menjadi orang gaji bagaikan memberi sinar baru dalam hidupnya. Tapi sementara cuma. Perkenalan dengan cucu majikannya telah membuka tirai penderitaan dalam hidupnya semula. Dian telah ditipu dengan janji manis seorang lelaki. Janji untuk membahagiakan hidupnya hanyalah dusta belaka.

Zarif Adha, kerjaya dan kekayaan keluarganya menjadikan dirinya seorang yang angkuh dan sombong. Keangkuhan dan kesombongannya itu menyebabkan dia tidak teragak-agak mempermainkan hidup gadis naif ini. Rupanya dalam diam ada rancangan yang diatur dengan mamanya.

Datin Munirah, ketamakannya menjadikan dia lupa pada batas agama. Tanpa belas mahu pun simpati, hidup seorang gadis sanggup dihancurkan demi mencapai visi untuk membolot harta emak mentuanya. Tapi kenapa Dian yang dipilihnya? Kenapa gadis malang ini yang menjadi mangsa mereka?

“ Kau bukak mata kau besar-besar! Kau tengok betul-betul muka kau yang selekeh, berkerak yang buruk tu dalam cermin ni! Kau ingat aku saja-saja nak kahwin dengan kau! Hei bodohlah kau ni! Anak ini lahir bukan atas kerelaan aku! Kau tau tak betapa jijiknya aku menengok muka kau. Jijik, tahu tak! Kalau boleh hujung jari kau pun aku tak nak sentuh. Geli! Sebab yang aku rasa dekat kau selama ini, hanya benci! Benci! Benci!!! Hambur Zarif dengan kebencian yang begitu tepu di hati."


Allahuakbar! Raung Dian. Menggeletar seluruh badannya mendengar pengakuan biadab suaminya itu. Tapi itulah kenyataannya. Itulah kebenarannya. Pahit! Cukup pahit! Dan kepahitan yang ditelan oleh Dian itu menyebabkan dia bangkit dalam hidupnya. Kala itu biarpun beribu sesalan terucap di bibir lelaki ini, semuanya sudah tidak bererti padanya lagi.
 
Memekiklah! Meraunglah! Menjeritlah! Keluarlah air mata darah kau hingga menitis di setiap anak tangga itu sekalipun! Aku tidak akan berpaling lagi! Hatiku sudah mati! Mati buat kau! Jangan kau berani nak mempermainkan takdir aku lagi! Aku yang akan tentukan jalan hidupku! Kerana Takdir itu milik aku!
 
Terus terang aku katakan, buku nie best tapi tak sampai kat jiwa aku .  Jalan cerita menarik .. tapi, ada kekurangan dari Siti Rosmizah dalam cerita ini. Bagaimana pun cerita ini tetap boleh di baca cuma tak tahap Siti Rosmizah je.. ye lah.. dah biasa baca buku dia mengalir air mata tapi kali ini biasa... biasa sahaja... Jangan marah ye Kak Siti Rosmizah...
 

Saturday, December 8, 2012

7 HARI MENCINTAKU ~ SITI ROSMIZAH



"Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau. Kau memang saja nak cari pasal dengan aku kan ? Hei Khuzairi kau dengar sini. Kau tu budak kampung yang tak sedar diri ! Tapi ada hati nak kahwin dengan anak orang kaya ! Sedar-sedarkanlah diri kau tu. Kau tak layak langsung nak berdamping dengan akulah. Kau nak aku bawa cermin ke suluh muka kau. Buat tak reti bahasalah pulak. Aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata aku ni sampai mati ! So ... apa kata kau berambus sekarang ! Kau pergi balik jaga kambing-kambing kau sebab kat situ baru betul tempat kau ! "

Khuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya.

Berbagai kata nista dan makian yang di lemparkan pada lelaki ini. Bungkam Khuzairi mendengarnya, namun demi satu amanah Khuzairi terpaksa menelannya, demi satu amanah Khuzairi hanya mampu bersabar.

Amanah? Amanah siapa yang di genggam oleh Khuzairi itu, sehingga dia sanggup mengheret dirinya ke kancah derita?

Mia Adriana bagaikan lupa, hidup ini ibarat putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma
nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.



Diantara buku kegemaran aku... boleh dikatakan semua buku Siti Rosmizah aku gemari.. tapi 7 HARI MENCINTAIKU adalah novel yang paling dekat dengan jiwa aku.. harus membelinya.. cerita yang menarik sangat-sangat...

Thursday, December 6, 2012

CINTA KAU DAN AKU ~ SITI ROSMIZAH


"Apa, jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat kerja Milah tu sampaikan jawatan driver pun kau terima? Dah-dah, balik kampung aje. Tolong mak kat warung lagi bagus. Apa, kau ingat kau tu jantan ke nak jadi driver", marah Mak Timah.

"Kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikann awak? Dan saya juga sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan menerima saya?" Soal Farish Hakimi dengan wajah serius.

"Sayang, dari hati yang tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh bahagia dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang."

Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia dikejutkan dengan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya amat disayangi, suara yang menyebabkan dia ketawa, suara yang menjadikan hidupnya ceria, suara yang sentiasa berbisik manja di telinganya. Tidak, dia tidak perlu untuk mendengar suara itu lagi. Bukankah suara itu yang telah merobek hatinya? Bukankah suara itu yang telah meragut kepercayaannya?



ANDAI ITU TAKDIRNYA ~ SITI ROSMIZAH


Permulaan cerita mengisahkan seorang gadis bernama Aleya yang berlatar belakang keluarga sederhana. Namun dalam diam Aleya telah menyimpan perasaan hati dengan seorang anak tokoh korporat yang ternama, Syed Aizril yang di kenali semasa belajar di Universiti. Kisahnya bermula bila Aleya di tawarkan bekerja di Syarikat Syed Aizril sebagai eksekutif dan sejak itu hubungan mereka semakin intim. Aleya bagaikan terleka dengan layanan mesra yang di berikan sedangkan Syed Aizril terus bermain sandiwara.
Penulis mengarapkan watak Syed Aizril sebagai seorang lelaki yang mempunyai keegoaan yang cukup tinggi, mentalitinya yang mementingkan darjat dan kedudukan telah membuka lembaran duka buat diri Aleya.
Kehadiran watak Faizal dalam cerita ini sebagai penyumbang berkembangnya plot cerita ini. Dendam Faizal pada Syed Aizril telah mengheret Aleya ke kancah derita. Faizal membuat perangkap, Aleya dan Syed Aizril telah di tangkap khalwat. Syed Aizril tidak dapat menerima kenyataan itu, Aleya di kahwini jua tetapi dengan satu dendam yang membara. Janjinya, Aleya akan hidup terseksa.

Di sini penulis bijak membuat pengolahan cerita hingga kita turut terheret sama merasai deritanya kehidupan yang di lalui oleh Aleya. Begitu tersentuh emosi semasa membacanya. Satu demi satu kekejaman yang dilakukan oleh suaminya terhadap dirinya dan kekejaman yang paling nyata bila Aleya di perkosa oleh suaminya sendiri. Hancur hatinya, musnah segalanya, habis madu sepah di buang. Aleya di campak lebih hina daripada pengemis di tepi jalan. Entahlah, tiada kata-kata yang dapat untuk diluahkan untuk seoarang lelaki yang bernama Syed Aizril, BINATANG!, masih tidak dapat menghilangkan rasa benci dan marah terhadap perbuatan keji lelaki itu. Namun Aleya tidak keseorangan dalam meniti liku-liku duka dalam hidupnya, kehadiran Umairah sahabat baiknya menjadi penguat semangat Aleya.
Plot makin berkembang bila tragedi hitam itu membuahkan benih pada rahim seorang wanita yang malang. Malangkah dia? Penulis seperti tidak berpendapat begitu satu mesej telah di tunjukkan bila melihat cara pada watak Aleya yang begitu sabar dalam menghadapai dugaan hidupnya. Jelas, Aleya mengumpul kesabaran dengan mendekatkan diri pada penciptaNya. Salah satu dialognya "Selama aku meniti liku-liku hidup aku tidak pernah pasrah melainkan aku redha atas ketentuanNya..". Syukur pada yang Esa, Umairah dan Ikram menjadi penguat semnagat dirinya. Aleya tidak di biarkan berkelana, di rumah Umairah dia mula membina hidup barunya.
Kandungan yang semakin sarat telah merisaukannya, zuriat yang lahir perlu di daftarkan kelahirannya, dokumen-dokumen penting masih berada di rumah mewah itu. Aleya nekad demi anaknya dokumen itu harus di perolehi. Kehadiran Aleya di rumah mewah itu tidak dialukan, pertelingkahan telah terjadi di antara Aleya dan Sharifah Emilin. Syed Aizril bangkit membela kekasih hati, anak yang di dalam kandungan tidak di akui. Demi untuk membuktikan kejujurannya terhadap Sharifah Emilin, Aleya di paksa mengaku anak yang dikandungnya bukan benih suaminya sendiri. Tidak! Jawapan yang membangkitkan api kemarahan Syed Aizril. Kejamnya dia. Aleya di seksa, darah mengalir tanpa hentinya namun kemarahannya masih belum reda Aleya yang sarat mengandung itu di heret dan di campaknya keluar begitu saja.


NAK TAHU LEBIH BELI DAN BACA SENDIRI HE..HE..HE..


Wednesday, December 5, 2012

TEMAN SERUMAH ~ ZUERA RASIDDIN


“Fira, sayang, nenek harap sangat nenek dapat tengok kamu dan Izzat berkahwin sebelum ajal nenek tiba.”

Permintaan nenek angkat Musfira Azwany membuatkan gadis itu dalam dilema. Antara permintaan Nenek Rogayah yang sedang tenat dan perasaan cintanya kepada Fizwan, mana satu lagi penting? Akhirnya, Musfira Azwany mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Izzat Haikal, cucu Nenek Rogayah. Pun begitu, dia menganggap diri bukan isteri kepada Izzat. Hanya teman serumah lelaki itu. Hubungan cintanya dengan Fizwan terus terjalin.

“Izz, you know very well that you should not have any feeling towards me, right? We are friend. Good friend. Close friend. That’s it. Nothing more and nothing less.”

Mereka hanya kawan. Itu kata Musfira Azwany. Bagaimana pula dengan Izzat Haikal? Adakah lelaki itu turut menganggapnya sebagai kawan, teman serumah?

“Dah jatuh cinta dengan aku ke?”

Ops! Adakah Musfira Azwany mula jatuh cinta kepada Izzat? Apa terjadi pada hubungan cintanya dengan Fizwan? Tapi…

“Please, Izz. Aku tahu kau baik. But for once, fikirlah pasal diri kau. Kahwinlah dengan orang yang kau cintai, Izz. Lepaskan aku. Antara kita tiada jodoh. Kahwinlah dengan Izyan jika dia mampu buat kau bahagia.”
“Kalau itu keputusan kau, aku respect. Aku akan lepaskan kau.”

Apakah yang bakal terjadi? Adakah mereka akan bercerai atau mengekalkan hubungan yang sedia ada? Apakah mungkin perasaan cinta mula bertamu di hati sekalipun hubungan yang ada hanyalah teman serumah?



CIK BUNGA DAN ENCIK SOMBONG ~ AIRISZ



Aku? Aku INTAN ASNIDAR. Mana cantik pun. Kulit pun ala-ala hangit. Kerja di kedai bunga dengan gaji cukup-cukup makan. Tak ada apa-apa yang istimewa tentang aku melainkan aku ada sebuah keluarga yang sangat bahagia.
Dia? Dia memang segak. Nama dia pun sedap, HARRIS ISQANDAR. Kalau sekali pandang mesti tak nak lepas. Kulit dia putih amat sampai mak ingat aku dah bawa balik orang Belanda masa aku bawa dia datang kampung aku buat kali pertamanya. Tapi tak kisahlah semua tu, tak penting sangat. Kemudian-kemudian nanti, rupa paras tu bakal duduk tempat keempat atau kelima.
Asal-asalnya, dia suruh aku jadi tunang terkejut dia sebabnya gadis yang sepatutnya jadi tunang dia pada hari tu sudah lari. Okeylah sebab satu hari saja, kira aku tolong orang dalam darurat. Tapi paling terkejut bila dia cakap,
“Okey Intan, mulai sekarang, awak adalah tunang dan bakal isteri saya. Sekiranya ada sesiapa kacau awak, tolong jangan berahsia dengan saya sebab kita bakal menjadi suami isteri. Suami isteri tidak boleh ada sebarang rahsia.”
Terkejut amat aku. Tapi sebelum tu mak dia, Datin Nora ada beri amaran kepadaku, “Jangan mimpi nak jadi menantu saya!”
Ah! Aku pun tak nak jadi menantu dia. Tak berminat langsung. Tapi sungguhlah kata orang, kalau sudah jodoh, tentu saja tak ke mana. Tinggal lagi, lama manakah rumah tangga tersebut bakal bertahan atau benarkah INTAN ASNIDAR itu hak milik kekal HARRIS ISQANDAR?

BUKU ini buat aku ketawa di malam hari... Al maklumlah.. aku baca buku nie pukul 2 pagi.. waktu encik hubby dan baby sofiya diulik mimpi.... tak kering gusi dengan gelagat Intan Asnidar dan Harris Isqandar... Aku cadangkan buku ini dibaca oleh mereka yang bersedih hati dan kemurungan.. pasti hati mereka akan terhibur...

Tuesday, December 4, 2012

SEMESRA KOTA KU ~ ZAILIANI TASLIM

Izzat anak muda kota yang gigih berusaha mencari rezeki bersama-sama puluhan ribu penduduk kota. Kelazatan roti canainya menemukan Izzat dengan Ika Taufiq Lim. Detik pertemuan ini membuka jalan untuk Izzat mengejar cita-citanya menjadi usahawan berjaya. Siapakah Ika Taufiq Lim? Seperti anak muda lain, Izzat juga tidak dapat lari daripada masalah cinta. Dia tersepit antara cinta dua gadis yang mempunyai hubungan rapat dengannya. Siapakah antara gadis itu yang menjadi pilihannya? Berjayakah cita-cita Izzat?

BUKU ini adalah antara novel kesukaan aku semasa di sekolah menengah. Tengok kulit novel pun dah tahu kan berapa lama aku dah simpan buku ini.. sebenarnya buku ini adalah buka hak milik Jabatan Bahasa Melayu, Sekolah Menengah Kampar... aku pinjam terus buat harta ( lupa nak pulangkan). He..he..he.. minta maaf ye SMK...

Mendengar guruh di langit
air ditempayan dicurahkan
beban hutang berat ditanggung
apa diikut wabak orang dagang
lagak rambutan jantan
orang berniaga , dia berniaga
orang mengutib laba , dia menanggung bala
kilat memancar hujan tak jadi
kita juga yang kecundangan.
muka surat 93 ~ Asam garam kota

SEBENARNYA , SAYA ISTERI DIA!



Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu walaupun masing-masing berjanji untuk hidup bersama. Itulah yang terjadi pada Syafa Aqira dengan Farish Adryan. Cinta yang pernah dipupuk sejak zaman universiti lagi akhirnya terputus di tengah jalan apabila Farish bertekad untuk memutuskan hubungan itu lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka berdua.
Cadangan ibu kepada Farish iaitu Datin Farizah untuk berkahwin dengan adik lelaki itu terpaksa diterima dengan reda walaupun dia tahu yang mungkin perkahwinan itu tidak menjanjikan bahagia. Dia terpaksa dalam rela demi sebuah harga diri dan rasa kasih terhadap Datin Farizah.
"Aku buat semua ni kerana mama. Dan kau tu sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan maruah kau." – Firash Arshad.
"Ya, aku tahu Firash. Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi kahwin dengan aku." – Syafa Aqira.
Laluan untuk mengharungi sebuah perkahwinan tanpa cinta bukanlah sesuatu yang mudah buat Syafa Aqira. Kehidupannya sebagai isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Namun dia reda kerana kesibukan lelaki itu masih bergelar pelajar walaupun setiap kata-kata sinis yang terbit dari mulut Firash ditelan dengan rasa terbuku di dalam hati.
Semuanya mula sedikit demi sedikit berubah apabila kawan baik serta abang sepupu kepada Firash cuba untuk mendekati Syafa dan kala itulah Firash mula menyedari yang dia sudah mula menyayangi isterinya itu.
"Kenapa pulak tak nak ikut? Boring giler saya duk kat rumah tu. Ada baiknya ikut awak pergi tengok wayang. Lagipun bukan senang nak dapat tengok filem macam ni untuk hari pertama. Biasa kan full seat je. – Syafa Aqira.
"Ye ke? Atau awak risau takut saya pergi dating dengan orang lain?" – Firash Arshad
Dan kala rasa sayang dan cinta mula hadir, ada saja dugaan yang datang menimpa. Kehadiran abang tiri dan adik tirinya yang tidak disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina. Syafa akhirnya pergi membawa diri dengan hati yang terluka. Firash jadi nanar. Hidupnya serba-serbi tidak kena. Bagi Firash, Syaf adalah anugerah terindah di dalam hidupnya. Dia sanggup untuk berbuat apa saja demi mendapatkan kembali kepercayaan dari isterinya itu.
"Siapa nak tidur atas riba awak? Please lah! Tak ingin pun!" – Syafa Aqira.
"Betul ke tak ingin? Dulu okay aje sampai lenguh paha saya nak menanggung kepala awak. Takkan awak dah lupa kut?" – Firash Arshad.
Namun apakah cinta mereka akan kembali bersatu? Bagaimana pula dengan kisah adik beradik tiri Firash? Dan apakah bahagia akan terus menjadi milik mereka?

Seronok melayan kisah perkahwinan yang tak dirancang. Bersuamikan seorang lelaki yang muda 4 tahun tapi kematangan terselah dilakarkan oleh penulis Zura Asyfar.. Sebuah cerita yang tak membosankan... selamat membaca...

CITA-CITA TERBARU

Hemmm... Selalu aku terfikir apa nak aku lakukan untuk blog aku yang sentiasa kosong.. teringin juga nak rasa blog ini terisi dengan sesuatu pengisian . Aku juga nak rasa blog aku dikunjungi oleh orang lain , walaupun hanya seorang. he.. he..he.. besar betul cita-cita aku nie. Ok..aku dah dapat idea , apa yang akan aku lakukan dengan blog aku yang kosong ini. Aku akan letakkan semua kisah buku novel yang aku dah beli tahun ini dan ada beberapa buku lama yang masih dalam simpanan aku. Buku lama tu aku sempat selamatkan dari kampung.. kalau tak buku novel tu dah jadi abu.. mak aku sesuka hati nak membakarnya.. hemmm.... ok .. kita tengok berjaya atau tidak aku lakukan perubahan di blog YONG_EKIN BERCERITA ...

Monday, March 19, 2012

Perjalanan Ku

Semangat menjadi pendinding
Ketabahan menjadi makanan
Kecekalan menjadi minuman...
Kesabaran menjadi ukuran
Keikhlasan menjadi pendirian
Kejujuran menjadi pegangan
Ketulusan menjadi belaian
Keteguhan menjadi sandaran
Keseimbangan menjadi panduan
Kesetiaan menjadi penghayatan
Roh dan Jasad bersatu
Kau menjadi milik Ku