Zidan Adiputra seorang lelaki yang berkedudukan tinggi, tampan, bergaya dan mempunyai senarai panjang nama-nama gadis yang mengejarnya. Atas setiap kelebihan yang dimiliki, dia benar-benar merasakan dirinya layak dilayan umpama seorang ‘Tuan Putera’. Justeru semua orang harus memanggilnya dengan gelaran Tuan Putra. Sehebat mana pun dirinya, dia tetap punya kelemahan. Dan kelemahannya, dia bencikan perempuan selekeh. Allergic!
Dengan baju kurung lusuh, kasut terkoyak hujung kaki, perempuan ni dari planet mana? Sakit mata betul tengok dia ke hulu ke hilir depan muka. Walaupun setakat kerja bancuh air, imej dan penampilan kena jaga jugak. Lainlah kalau dia tu pendatang tanpa izin!
Adara pula datang dari dunia yang berbeza. Dibesarkan oleh datuk dan nenek selepas kematian ibu dan bapanya, perjalanan hidupnya agak sukar. Tekad mahu mengubah nasib keluarga dan adik-adiknya yang ramai, kakinya melangkah keluar dari kawasan Felda ke kota besar. Namun hidupnya kian getir apabila bekerja dengan majikan kuku besi seperti Tuan Putra. Tolonglah Tuan Putra ni! Nak suruh aku bergaya bagai nak rak apa kes? Dia ingat aku ni secretary? Eksekutif? Hei, orang tea lady ajelah! Sepatutnya kerja bancuh air, tapi dikerahnya macam kita ni kerja cleaner pulak. Harap muka aje handsome, tapi otak udang!
Umpama air dan minyak, manakan mungkin bersatu dua hati yang saling membenci dan berbeza segala segi. Namun kemunculan Riyad yang berjaya melakukan ‘make over’ kepada Adara membuatkan hati Putra terpesong cita rasa, mata hati yang buta kini terbuka luas. Pelbagai cara dilakukan olehnya untuk memenangi hati Adara sehingga dia rela mengenepikan ego dan kedudukannya. Dia juga sanggup berebut menghantar pinangan ke rumah Adara demi mengikat hati gadis itu.
Cinta yang dihulur bersambut dan disimpul erat dengan ikatan perkahwinan. Dalam meniti kebahagiaan berumah tangga, ada dugaan datang mengetuk pintu istana cinta mereka. Antara cinta dan keluarga, yang mana lebih utama? Dan jika hanya berhak memilih satu di antara dua, siapa yang perlu menyerah dan mengalah? Dan apa ertinya pengorbanan jika hati kian retak, kasih kian rapuh?
Putra: Percaya cakap abang, kehadiran sayang adalah perkara terbaik dalam hidup abang....
“Tak mungkin musim cinta ini berlalu...seandainya hatimu seperti hatiku….
Buku ini tak sampai 24 jam aku habis baca.. bermula pukul 1 pagi dan terus membaca sampai ke subuh.. berhenti sekejab sembahyang subuh , siapkan sarapan , siap kan Baby Sofiya dan siapkan en hubby.. oppss.. bukan siap kan en hubby tapi sediakan makan pakai en hubby... selepas tu hantar baby sofiya ke rumah pengasuh dan aku pun sambung semula membaca hinggalah ke petang... Aku tak kerja.. apa lagi lepak golek2 kat atas katil lah...
Kenapa aku suka Acik Lana? Aku suka Acik Lana sebab gaya bahasa yang dia guna sangat mudah , gaya yang bersahaja , tak pening kepala. Mungkin orang kata Buku Acik Lana tak sesuai di baca oleh bawah umur tapi nak buat macam mana.. nama pun buku cerita.. so , apa salahnya Acik Lana menghasilkan apa yang dia nak kan.. ingat senang ke nak menulis dan mencari idea bercerita.. tapi aku kagum lah dengan Acik Lana yang berani bila bertulis.. mungkin sebab dia pun minat kat penulis Ma Lee Chuswan maka ada ketikanya aku nampak ada persamaan jalan cerita dia dan Ma Lee Chuswan.. tapi tak lah sebiji cuba idea tu , ada lah sedikit yang aku nampak persamaannya.. Pada Acik Lana selamat berkarya.. Aku akan tetap menyokongmu.. he..he..he..